POSTED BY Momento Paint | Nov, 07, 2016 |

Cara cat rumah yang macam mana bagus?

Ada yang mahukan cara cat rumah yang mudah. Ada pula yang mahukan cara yang belum dibuat orang.

Apa-apa pun, sesebuah rumah kelihatan cantik dan menarik adalah disebabkan cara mengecat rumah yang betul.

Tetapi, kalau ianya sekadar cantik sahaja masih tidak mencukupi.

Ianya perlulah tahan lama dan tidak senang pudar jika terkena cahaya matahari dan hujan.

Tambahan pula, ramai yang inginkan kelainan untuk cat rumah mereka sempena Hari Raya Aidilfitri beberapa bulan dari sekarang.

Sudah tentu anda memerlukan 7 panduan atau cara cat rumah yang boleh tahan lama.

1. Perkakas cat rumah yang lengkap

Tanpa alatan atau perkakas untuk cat rumah yang lengkap, anda tidak mungkin mampu untuk mengecat rumah anda dengan sempurna.

Pastikan segala kelengkapan mengecat rumah sudah tersedia dan boleh didapati di kedai hardware di kawasan anda.

2. Persediaan sebelum mengecat rumah

Cara cat rumah yang seterusnya adalah sebelum anda mengecat rumah.

Pastikan anda membersihkan terlebih dahulu bahagian dinding yang ingin dicat. Ini supaya cat yang baru tidak akan kelihatan kasar dan timbul.

Anda perlu mengikis cat yang lama supaya ianya tidak menutup warna cat yang baru. Selepas itu, licinkan bahagian yang kasar dengan menggunakan kertas pasir.

3. Tutup bahagian yang tidak dicat

Mungkin tidak semua bahagian dinding yang anda ingin cat dengan cat yang baru.

Cara cat rumah yang seterusnya bagi ianya kekal lama adalah anda perlu memastikan bahagian – bahagian yang tidak dicat ditutup menggunakan masking tape.

Ianya adalah untuk memastikan hasil cat anda tidak comot dan kelihatan kemas apabila sudah kering nanti.

Selesai mengecat, anda boleh mencabut masking tape tersebut dengan perlahan-lahan. Jangan risau, masking tape tidak akan merosakkan dinding rumah anda.

4. Gunakan sealer paint

Ramai yang tidak mengetahui bahawa ini cara mengecat yang boleh membuatkan ia tahan lama.

Dengan menggunakan sealer paint, ianya memberikan perlindungan asas sebelum cat yang utama serta menjadi ejen pelekat cat.

Selain itu, sealer paint juga mampu mengelakkan cat utama anda daripada cepat kabur dan luntur.

Untuk kekemasan yang maksimum, anda perlu memulakan sealer paint daripada hujung dinding dengan menggunakan brush kecil kemudian barulah menggunakan roller di bahagian tengah.

5. Pilihan warna cat

Pilihan warna memainkan peranan penting dalam memastikan cat rumah anda berkesan.

Jika anda ingin mengecat dinding di bahagian luar rumah, digalakkan mengguna cat jenis outdoor kerana cat jenis outdoor mampu untuk memberi perlindungan daripada cahaya matahari dan hujan.

Sekiranya anda ingin mengecat dinding rumah di bahagian dalam rumah, anda boleh menggunakan cat jenis indoor yang bersesuaian dengan design dalam rumah anda.

6. Tekanan roller paint

Ramai yang masih tidak arif tentang cara cat rumah dengan betul. Hal ini kerana melalui cara mengecat yang betul, mereka dapat menghasilkan hasil yang terbaik.

Anda perlulah memberi tekanan yang betul semasa menggunakan roller paint anda supaya hasil cat tersebut lebih sekata dan tidak comot.

7. Pembersihan lantai selepas mengecat

Yang terakhir sekali adalah membersih lantai rumah selepas mengecat. Hal ini kerana, terdapat beberapa kesan cat yang terjatuh selepas anda mengecat rumah anda.

Bersihkan dengan cara menggunakan scrapper jika cat tersebut sudah kering dilantai.

Jika cat anda masih basah, anda boleh menggunakan kain yang lembab dan anda boleh lap di bahagian lantai yang terkena cat tersebut.

Semasa menggunakan scrapper, anda perlu menggunakannya dengan berhati-hati agar lantai rumah anda tidak rosak.

Berikut merupakan 7 cara cat rumah anda agar ianya bertahan dengan lebih lama dan kelihatan cantik bagi setiap mata yang melihatnya.

Untuk sebarang info tambahan serta inginkan kelainan dalam rumah anda, hubungi kami untuk sesi konsultansi pengecatan rumah secara profesional.

Tags :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *