POSTED BY Momento Paint | Apr, 18, 2019 |


Pemilihan warna cat rumah memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan keadan serta aura rumah tersebut menjadi positif.

Hal ini kerana, masih ramai yang tidak tahu tentang kepentingan warna cat rumah masing-masing. Ada yang menganggap ianya perkara yang remeh untuk difikirkan.

Sebenarnya, warna sangat penting.

Warna cat rumah mampu membuatkan seseorang mendapat tidur yang lebih nyenyak dan bangun tidur dengan lebih segar.

Ia juga membantu menonjolkan lagi aura positif dan karakter istimewa yang ada dalam diri anda. 

Berikut didedahkan rahsia 8 warna cat rumah yang ramai orang tidak mengetahuinya.

Warna merah

Tahukah anda bahawa warna cat yang mempunyai kuasa untuk meningkatkan adrenaline anda adalah warna merah.

Ianya dapat menimbulkan rasa serta perasaan romantis seseorang setelah melihat warna merah dan memberikan semangat yang ada dalam diri dalam melakukan sesuatu perkara.

Warna kuning

Warna kuning mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Namun, pada hakikatnya warna kunig amat sesuai jika berada di dalam ruang tidur anda kerana ianya dapat membangkitkan mood ceria seseorang serta memperlihatkan ruang lebih luas.

Warna kelabu

Ianya menjadi trend masa kini, menjadikan warna kelabu sebagai pilihan warna. Ia merupakan warna yang selamat untuk digunakan.

Ianya dapat dipadankan dengan apa juga warna perabot anda. Selain itu, warna kelabu memperlihatkan suasana moden di dalam rumah.

Warna neutral

Sama seperti warna kelabu, warna neutral seperti warna putih dan beige menjadi pilihan ramai untuk mengecat rumah.

Ianya dapat membuatkan setiap ruang menjadi lebih luas serta mudah bagi anda untuk menghias rumah dengan apa juga jenis perabot yang ingin dipadankan.

Warna biru

Warna biru memberikan suasana tenang dan damai dalam kehidupan seharian anda.

Apa yang pasti, mood seharian anda akan lebih positif daripada selalu. Bahkan, warna biru juga dapat memberi inspirasi dan anda akan menjadi lebih produktif dan efektif.

Warna hijau

Bagi pencinta alam semulajadi, warna hijau menjadi pilihan untuk cat rumah.

Apa yang menarik tentang warna hijau adalah ianya mudah serasi dengan warna yang terang mahupun sejuk.

Kombinasi biru yang sejuk dan kuning yang ceria membuatkannya sesuai digunakan untuk semua jenis ruang kediaman.

Warna ungu

Warna ungu melambangkan kemewahan kerana ia juga dikaitkan dengan warna diraja.

Penggunaan warna ungu gelap pada ruang tamu dan dapur akan menonjolkan rasa romantik, misteri, dan aura mewah. Warna ungu lembut lebih sesuai digunakan dalam bilik tidur.

Warna merah jambu

Warna merah jambu menjadi pilihan kaum wanita dan kanak-kanak.

Namun, ada juga kaum lelaki yang meminati warna ini kerana warna merah jambu dapat meredakan perasaan marah dan agresif. Ianya sesuai dikombinasikan dengan warna hitam dan putih.

Jadi, apa yang pasti warna memberi impak yang sangat besar bagi setiap ruang yang ada dalam rumah anda.

Anda perlu bijak memilih warna dan bijak memilih kombinasi warna yang sesuai bagi pemilihan warna cat rumah. Ianya akan memberikan kesan dalam kehidupan seharian.

Pemilihan cat yang berkualiti juga mempengaruhi warna cat yang anda pilih.

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membuat pemilihan warna cat rumah yang sesuai, hubungi pegawai kami untuk membantu anda membuat pemilihan warna yang sesuai.

Momento Paint adalah jurucat profesional dengan pengalaman selama 17 tahun. Kami membantu klien yang mahukan konsultansi perancangan mengecat rumah anda. Hubungi kami sekarang.

Tags :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *