POSTED BY Momento Paint | Apr, 18, 2019 |



Rumah ku, syurga ku. Peribahasa yang sering didengari seawal zaman. Ia melambangkan bahawa rumah itu merupakan cerminan peribadi seseorang. Sudah tentu, pilihan cat rumah serta hiasan dalaman pasti dipilih mengikut citarasa dan style anda. Membuat pilihan warna cat rumah samada di bahagian luar atau dalam rumah, pasti memerlukan banyak pertimbangan dalam membuat keputusan. Namun begitu, tahukah anda tips terkini untuk memilih cat rumah? Terdapat beberapa faktor yang perlu diperhatikan sebelum memilih cat rumah yang sesuai. Dari segi gabungan warna, bentuk rumah, ruang rumah serta warna perabot, ia boleh mempengaruhi pemilihan warna cat rumah anda. Di sini akan dikongsikan 5 tips terkini untuk memilih cat rumah yang sesuai sebagai panduan anda. Selamat beramal!

1. Cuba cat pilihan di ruang yang tersembunyi

Dalam membuat pemilihan warna cat rumah, kecilkan pilihan anda kepada beberapa pilihan. Sebelum membeli cat rumah dalam kuantiti yang banyak, cuba cat dahulu di ruang yang tersembunyi. Kadangkala, warna cat sebenar mungkin berubah atau berbeza dengan cat di dalam katalog. Untuk mengelakkan membazir atau tersalah pilih cat yang tidak sesuai, cuba dahulu cat tersebut di dinding. Pilih dinding di ruang yang tersembunyi tetapi mempunyai pencahayaan yang mencukupi untuk melihat warna sebenar cat tersebut. Setelah yakin, barulah buat keputusan dalam membeli warna cat rumah.

2. Pilih warna cat rumah berdasarkan mood di ruang tersebut

Setiap ruang dalam rumah memberikan suasana dan mood yang berbeza, bergantung pada fungsi ruang tersebut. Sebagai contoh, ruang bilik tidur pasti memberikan ketenangan dan kedamaian untuk anda beristirehat. Oleh itu, pilih warna cat yang lembut atau pastel. Bagi ruang tamu pula, mungkin memberikan suasana yang lebih formal dan kemas. Mungkin warna neutral lebih sesuai di ruang tamu. Begitu juga dengan ruang lain seperti dapur dan ruang makan. Pilih warna cat yang sesuai berdasarkan suasana yang anda ingin wujudkan di ruang tersebut.

3. Pencahayaan dalam memilih warna cat rumah

Perhatikan pencahayaan di setiap ruang rumah dan pilih warna cat mengikut lighting di ruang tersebut. Jika ruang tersebut agak gelap, elakkan memilih warna gelap. Ia boleh menyebabkan ruang menjadi lebih sempit dan suram. Selain itu, padankan pemilihan cat dengan cahaya lampu yang sesuai. Cahaya lampu kuning akan menonjolkan warna-warna hangat, manakala lampu putih akan menonjolkan warna-warna sejuk seperti warna biru.

4. Pertimbangkan warna cat rumah yang berbeza di antara ruang rumah

Di setiap ruang rumah, pasti ada kesinambungan antara satu sama lain. Oleh itu, pertimbangkan warna cat rumah yang berbeza di antara ruang rumah dalam membuat pemilihan cat. Warna cat rumah yang dipilih harus bersesuaian dengan setiap ruang. Setiap ruang perlu mempunyai komposisi yang seimbang untuk menaikkan lagi seri ruang tersebut. Keserasian ini boleh diperolehi dengan menggabungkan warna cat dengan warna perabot, dekorasi seperti karpet dan hiasan, serta pencahayaan yang sesuai.

5. Pilih warna finishing cat yang berbeza

Teknik terakhir yang perlu anda pertimbangkan; warna finishing cat! Secara asasnya, anda boleh memilih dua atau tiga warna cat yang mempunyai shade yang sedikit kontras. Pemilihan warna finishing cat yang berbeza boleh menghasilkan impak kontras yang menaikkan lagi seri rumah anda. Sebagai contoh, pilih warna finishing cat yang berbeza untuk panel tingkap serta cornice siling. Pemilihan kontras ini pasti akan memberikan kesan dramatik pada ruang rumah anda.

Diharapkan tip-tip di atas dapat membantu anda memilih warna cat rumah yang sesuai untuk rumah anda.

Perlukan bantuan dan khidmat nasihat profesional untuk mengecat rumah anda? Momento Paint sedia membantu. Hubungi kami untuk sesi konsultansi perancangan mengecat rumah anda.

Tags :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *