POSTED BY Momento Paint | Apr, 18, 2019 |


Pemilihan warna cat rumah amat penting bagi menentukan aura dan suasana bagi setiap ruang. Warna cat rumah yang sesuai boleh mengubah ruang rumah anda menjadi lebih hidup dan berseri. Dengan pelbagai pilihan warna cat rumah di pasaran, ia menjanjikan kreativiti yang tiada batasan. Namun begitu, terdapat beberapa jenama terkenal cat rumah di Malaysia. Jenama popular ini menawarkan variasi warna, kualiti ketahanan serta cat rumah yang tahan lama. Sudah pasti anda inginkan cat rumah yang kekal lama untuk kediaman anda. Jenama cat rumah ini boleh dijadikan panduan anda bagi memilih cat rumah mengikut citarasa anda.

Ada yang mahukan cara cat rumah yang mudah. Ada pula yang mahukan cara yang belum dibuat orang.

Jotun

Cat rumah berjenama Jotun ini sangat terkenal dan sering menjadi pilihan designer di Malaysia. Rata-rata menyatakan bahawa Jotun menjadi pilihan mereka kerana warna cat di dalam colour chart atau katalog hampir serupa dengan warna cat sebenar. Ini memudahkan urusan dalam memilih warna cat rumah serta dapat mengelakkan kekecewaan jika warna dipilih adalah berbeza dari dalam katalog. Jenama cat ini juga menjanjikan cat rumah yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Untuk pengetahuan anda, banyak bangunan ikonik di dunia menggunakan cat berjenama Jotun. Antaranya seperti Eiffel Tower, Burj Khalifa serta Menara Petronas KLCC di negara kita.

Dulux

Dulux merupakan jenama cat rumah yang dipercayai sejak turun temurun. Ia menawarkan variasi cat yang sesuai untuk dinding di bahagian dalam mahupun luar rumah untuk pelbagai permukaan termasuk kayu serta besi. Ia juga mempunyai cat khas untuk memberikan efek di dinding rumah anda. Dengan teknologi terkini, Dulux menghasilkan cat rumah yang mengandungi kurang bau serta kemampanan tinggi. Menawarkan lebih dari 2,000 pilihan warna cat rumah, semestinya menjanjikan kreativiti tanpa batasan bagi anda yang gemar bermain dengan warna.

Nippon Paint

Jenama cat rumah yang berasal dari Jepun ini telah diasaskan sejak 129 tahun yang lalu. Nippon Paint menawarkan variasi pilihan warna cat rumah dengan teknologi terkini untuk melindungi serta mencantikkan dinding rumah anda. Selain itu, pelbagai jenis cat ditawarkan bagi memenuhi keperluan rumah anda. Dari finishing yang berbeza seperti clear atau glossy, hingga ke jenis permukaan yang sesuai seperti bumbung, siling serta lantai.

Kansai Paint

Satu lagi jenama cat rumah yang berasal dari Jepun. Jenama ini menawarkan cat yang khusus untuk pelbagai kegunaan di ruang yang berbeza untuk pelbagai kegunaan. Cat rumah dihasilkan dengan lapisan untuk melindungi rumah anda. Selain itu, cat berjenama Kansai Paint juga sesuai untuk digunapakai samada di dinding ruang dalam atau ruang luar rumah. Dengan cat yang berkualiti tinggi, ia juga seiring dengan pilihan warna yang moden, sesuai dengan trend terkini.

Mr. Paint Man

Cat berjenama tempatan ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan cat rumah. Dengan teknologi terkini, Mr. Paint Man menawarkan cat rumah yang mesra alam serta selamat bagi penghuni rumah. Ia sangat sesuai bagi anda yang mempunyai anak kecil di rumah. Selain itu, produk jenama ini juga telah diluluskan oleh SIRIM setelah memenuhi standard yang ditetapkan.

Seamaster Paint

Satu lagi cat rumah berjenama tempatan. Seamaster Paint menjanjikan variasi warna cat rumah yang berkualiti tinggi. Dengan kepakaran yang tinggi, jenama ini menawarkan cat rumah yang sesuai untuk dinding di dalam serta luar rumah. Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai pilihan cat sesuai dengan kehendak citarasa anda.

Terpulang kepada apa jenama terkenal cat rumah di Malaysia yang anda suka. Apa yang pasti, pemilihan cat rumah dapat melengkapkan dekorasi hiasan dalaman rumah anda.

Bantuan dan nasihat pakar dapat memudahkan anda untuk memilih jenama cat rumah yang sesuai untuk anda. Ketahui lebih lanjut bagaimana Momento Paint dapat membantu melalui sesi konsultansi perancangan mengecat rumah anda.

Tags :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *