Bosan dengan dekorasi ruang tamu? Ikuti beberapa tips untuk idea hiasan ruang tamu ini!

Menghias ruang tamu di rumah boleh berasa selesa dan kelihatan baik apabila menggunakan konsep dan reka bentuk yang betul. Ruang tamu di dalam rumah bukan penghalang apabila menghias kerana apabila terdapat banyak idea hiasan ruang tamu yang boleh menjadi contoh. Ramai reka bentuk yang baik dan penampilan moden untuk ruang tamu anda, ini kerana tata letak dan perabot yang digunakan dalam gaya moden. Ruang tamu merupakan cerminan reka bentuk dalaman rumah kerana ia sangat penting untuk menjadikannya lebih selesa dan aman. Penilaian orang ramai terhadap reka bentuk dalaman rumah bermula dari ruang tamu, jadi idea hiasan ruang tamu perlu di utamakan dahulu kerana faktornya sangat penting.

 

Pelbagai trik digunakan dalam pemilihan perabot, pemilihan warna tema, aksesori dan juga susunan untuk pastikan ruang tamu yang kecil tampil lebih selesa. Di sini ada beberapa idea hiasan ruang tamu serta contoh dekorasi ruang tamu rumah anda yang pasti buat anda teruja. Siapa tahu, mungkin ada di antara contoh ini sesuai dengan citarasa anda.

 

Walau sekecil mana pun ruang tamu anda, ia layak untuk dijadikan tempat untuk berehat sambil berhibur bersama keluarga. Inilah idea hiasan ruang tamu dan contoh dekorasi ruang tamu rumah yang kecil patut anda nilai.

 

Idea Hiasan Ruang Tamu  Rumah Anda.

 

Gunakan Cermin sebagai hiasan.

mirror

idea hiasan ruang tamu menggunakan cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang nampak lebih luas. Bukan itu saja, cermin hias dinding juga mampu menjadikan ruang tampil lebih elegant dengan gaya tersendiri.

 

Guna Warna Neutral Untuk Ruang Tamu.

nuetral paint

Guna warna neutral pada dinding, siling, lantai atau hiasan perabot contohnya kusyen. Warna neutral lebih diberi keutamaan kerana ia mampu bangkitkan rasa tenang dan buat ruang tamu anda nampak lebih luas. Sebagai contoh, ruang tamu dengan warna beige mampu jadikan ruang lebih menyerlah pada ruang kecil.

 

Guna Meja Kopi Yang Sesuai.

coffee table

Untuk ruang yang kecil mungkin anda perlu ubah balik meja kopi kepada saiz yang lebih kecil. Dari sebuah meja kopi yang bersaiz besar anda mungkin boleh tukar kepada 2 meja bulat yang bersaiz kecil. Bukan saja cantik untuk ruang yang kecil malah bagus untuk “traffic flow”, dan mudah alih.  Tambahkan beberapa barang di atas meja kopi agar tidak kelihatan kosong.

 

Pilih Perabot Bersaiz Kecil (Minimalis).

small furniture

idea hiasan ruang tamu seakan tidak lengkap tanpa idea pemilihan perabot. Saiz perabot adalah penting untuk diambil kira agar ruang tamu yang kecil tidak terlalu sesak. Pilih perabot yang tidak terlalu besar kerana ini akan menjimatkan ruang. Guna konsep yang biasa kita dengar dalam hiasan dalaman – “Less is More”.

 

 

Gantung Hiasan Dinding.

frame

Idea hiasan ruang tamu ini lebih Nampak menyerlah dengan mengantungkan hiasan di dinding, dengan memberikan ilusi berbeza pada mata. Ini adalah helah untuk membawa mata fokus kepada hiasan dinding yang seterusnya jadikan ruang nampak lebih luas. Bukan saja berfungsi sebagai hiasan, penggunaan kaligrafi contohnya, untuk hiasan dinding juga memberikan identiti tersendiri kepada pemilik rumah.

 

Atur pencahayaan.

lighting

Konsep pencahayaan dalam idea hiasan ruang tamu ini adalah amat penting. Selain menggunakan warna terang ruang tamu yang berukuran kecil sebaiknya dibuat terang dengan pengaturan pencahayaan seperti pencahayaan alami dari sinar matahari. Pembuatan jendela yang lebar atau luas akan memberikan pencahayaan yang terang pada ruang tamu kecil, jadi untuk ruang tamu kecil sebaiknya dibuat jendela yang agak luas. Selain itu kita juga boleh membuat jendela ini menggunakan elemen kaca kerana akan menambah pencahayaan pada ruang tamu.

 

Wallpaper dinding.

wallpaper

Untuk mendapat idea hiasan ruang tamu semakin bagus anda boleh menambah dengan wallpaper pada dinding. Wallpaper ini harus di sesuaikan dengan tema yang digunakan dan warnanya juga harus yang terang kerana wallpaper boleh memberikan kesan luas pada ruang tamu.

 

Selalu jaga kebersihan ruang tamu

Faktor penting dalam idea hiasan ruang tamu adalah kebersihan ruang tamu, sebaik apapun desain pada ruang tamu jika ruang tamu itu kotor maka ruang tamu akan tidak selesa, dan buruk. Jadi menjaga kebersihan ruang tamu merupakan faktor terpenting dalam membuat ruang tamu yang bagus dan nyaman.

 

Dengan adanya tips untuk idea hiasan ruang tamu ini dapat memberi sedikit sebanyak cara dalam menghias ruang tamu rumah anda. Jika anda bijak dalam menilai nilai hiasan ruang tamu, anda boleh meminimumkan wang anda untuk mendapatkan hasil yang cantik dan baik.

 

Rumahku syurgaku.

 

Sekiranya anda mahukan khidmat nasihat profesional untuk dekorasi hiasan ruang tamu rumah anda, kami sedia membantu. Hubungi kami untuk sesi konsultansi perancangan mengecat rumah anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *