MOMENTO PAINT – INSPIRASIKAN RUANGAN ANDA DENGAN PRODUK TERBARU NIPPON PAINT

“Kelabu matalah nak pilih warna cat untuk rumah ni… Mana nak sesuaikan dengan tema lagi. Warna apa yang best ya?”

 

“Pelanggan di kedai makin berkurang. Mungkin hiasan dalaman suram, kurang menarik. Mungkin dah tiba masa untuk tukar cat baru?

 

—————————————————————————————————————————————–

 

Sesekali datang mood mahu menghias semula ruang kediaman, tetapi memikirkan kos yang harus dikeluarkan untuk menukar perabot dan aksesori hiasan, niat itu akhirnya dipendam semula.

 

Bagi ramai orang, warna cat dinding yang paling selamat adalah warna putih tanpa sebarang tekstur. Kononnya mudah untuk dipadankan dengan perabot dan tema yang diinginkan. Tak usah pening kepala, daripada membazir sejumlah wang yang besar, apa kata anda hias semula kediaman dengan cat tekstur yang istimewa?

 

Tahukah anda, Nippon Paint kini hadir dengan variasi Nippon Momento ® Special Effect yang membantu mengubah suasana di ruang kediaman supaya tampak lebih segar dan moden, menjadikan sebuah rumah lama seperti yang baru. Lebih istimewa harganya juga amat berpatutan.

 

Kesan tekstur pada dinding kosong atau bewarna membantu menaikkan dan menyerlahkan lagi suasana di ruang tamu. Sepertimana pemilihan warna, cat bertekstur juga memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan manusia dan ada kaitan kuat dengan emosi. Pemilihan yang tepat dapat membangkitkan mood tertentu malah mencerminkan keperibadian si penghuninya.

 

Nippon Momento ® Special Effect bukan sahaja sesuai untuk ruang kediaman, bahkan ia juga sesuai untuk mengubah mood bagi ruang perniagaan seperti restoran atau kafe, salon dan spa.

Momento® Primer dirumus khas dengan pasir silika khas untuk memberikan perlindungan terbaik sebelum disapukan pula dengan lapisan Momento® Effect Paint. Ia juga mempunyai pelekat dalaman (interior sealer) yang bertindak melindungi lapisan cat daripada kesan alkali dan kelembapan ringan dari substrat.

 

Menarik tentang Nippon Momento ® Special Effect ini adalah catnya tidak berbuih, mudah dijaga, mesra alam, tidak berbau, berfungsi dengan baik pada permukaan yang tidak rata, tidak menggelupas dan tahan lama. Terdapat enam koleksi Nippon Momento ® Special Effect yang boleh dipilih mengikut citarasa dan stail pilihan anda.

 

Rangkaian Textured Series adalah Elegant, Elegant Gold, Sparkle Silver, Sparkle Gold dan Sparkle Pearl yang membolehkan anda menambahkan tekstur unik pada dinding ruangan kediaman atau perniagaan. Rangkaian Enhancer Series iaitu Snow, Pearl, Gold, Cloud Pearl dan Cloud Gold sesuai untuk anda yang mahukan tambahan cat separa telus pada warna dinding sedia ada.

 

 

Designer Series pula hadir dengan cat bersama kesan garisan yang sofistikated bak gaya pertukangan Itali, meniru kecantikan luar biasa dalam kehidupan yang sebenar. Pilih dengan enam kesan istimewa iaitu Velvet Pearl, Velvet Gold, Velvet Metallic, Optical, Rust Box dan Travertino. Untuk anda yang mahukan gaya mewah yang moden dengan kemasan logam cerah dan bercahaya, rangkaian Metallic Series amat bersesuaian dengan dua warna pilihan iaitu Metallic Paint dan Micaceous Iron Oxide. Bagi yang sukakan gaya semulajadi, Stone Art hadir dengan tekstur permukaan batu yang amat unik. Manakala rangkaian Clear Coat menawarkan pilihan Momento Clear Coat dan Stone Art Clear Coat, rumusan khas lapisan cat direka untuk melindungi gaya dan kemasan anda untuk jangka masa yang panjang.

Nippon Paint ada pelbagai warna dan tesktur menarik dan popular untuk anda cuba. Layari laman web www.nipponmomento.com untuk keterangan lanjut atau terus berkunjung ke pengedar Nippon Paint untuk melihat dan merasai sendiri keunikan Nippon Momento ® Special Effect.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *